Bog ini berisi tentang informasi sangul-sangul yang sudah dituliskan sebelumnya. Jika anda ingin melihat koleksi sanggul kami, anda dapat langsung link : http://sanggul-sanggul.blogspot.com/

Tips Sanggul Rambut Untuk Pengantin Bergaya


Tips Sanggul Rambut Untuk Pengantin Bergaya



Ketika anda menyanggul rambut bentuk wajah pengantin perlu diambil kira. Kebiasaannya jika bentuk wajah bulat  Sanggul  yang dibuat agak tinggi di kepala, namun jika wajah pengantin agak lonjong, Sanggul yang di buat tidak perlu terlalu tinggi.

Begitu pun, penggayaan  Sanggul masa kini tidaklah 100 peratus bergantung kepada bentuk muka pengantin kerana dengan teknik solekan yang tertentu, bentuk wajah pengantin akan dapat diubah mengikut kesesuaian  Sanggul  dan aksesori yang digunakan.

Pemilihan gaya  Sanggul yang sesuai juga bergantung kepada busana dan konsep perkahwinan yang dipilih oleh bakal pengantin. Sekiranya majlis perkahwinan itu dilakukan di dewan atau hotel, gaya sanggul pengantin akan lebih tinggi kerana bertepatan dengan etika majlis formal yang mementingkan kekemasan.

Jika pengantin ingin memakai gaun pada waktu petang atau malam, gaya  Sanggul  yang dipilih adalah lebih ringkas dan santai. Aksesori yang dikenakan juga tidak perlu terlalu banyak cukuplah sekadar klip atau tiara kecil supaya kelihatan lebih anggun.

Dalam hubungan ini, katanya, pemilihan  Sanggul yang tepat oleh pengantin dan juruandam dapat membantu menaikkan seri wajah pengantin pada hari persandingan. Setiap gaya  Sanggul sama ada tradisional ataupun moden akan kelihatan cantik sekiranya pandai digayakan oleh pengantin.

Apa yang penting setiap dandanan rambut yang dibuat mempunyai seninya yang tersendiri. Kekemasan dan kerapian dalam membentuk helaian rambut untuk menjadi satu Sanggul memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi oleh pendandan yang anda pilih untuk majlis perkahwinan anda.

Related posts:

    Era  Sanggul  Rambut Gaya Moden Era  Sanggul  moden dapat dilihat bermula pada era 80-an yang...
Sanggul Pengantin – mahkota bagi setiap wanita Tampil anggun dan mempesona adalah impian setiap wanita terutama yang...
    Tips pakaian pengantin lelaki sewaktu bertandang ke rumah saudara-mara pengantin perempuan Sememangnya pakaian harian bagi lelaki agak mudah dan simple  jika...